Skip to main content

Bola Sepak

Zaquan Adha optimis peluang pemain tempatan tembusi skuad Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaq.jpg
Bekas kapten negara, Zaquan Adha Abdul Razak, masih nampak peluang untuk pemain tempatan negara kembali mencuri tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski.

Namun, perlu ada kesegeraan daripada pemain-pemain ini untuk tidak hilang kedudukan terlalu lama, rentetan faktor 'wow' yang dibawa pemain-pemain 'Malaysian Abroad' yang berjaya mengubah 100 peratus corak permainan Harimau Malaya sebelum ini.






Transisi pemain tempatan sewajarnya perlu melalui fasa yang di namakan revolusi ketika Malaysia memerlukan kejayaan drastik sebagai acuan di masa akan datang.

"Jika tiada pemain tempatan, inilah adalah Malaysia. Saya pasti akan ada pemain tempatan akan dapat beraksi selepas ini. Lama-kelamaan selepas mereka tahun standard pemain warisan, mereka akan ada satu tahap bersama mereka," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video