Skip to main content

Bola Sepak

Zappacosta kembali bergabung bersama Conte

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zappacosta-cropped_rowaei8r6eco1pvnc08oa8ypv.jpg
Pencarian Chelsea untuk menambah pemain baru akhirnya berhasil selepas mendapatkan pertahanan dari Torino, David Zappacosta, menerusi satu nilai perpindahan yang tidak didedahkan tetapi dipercayai bernilai GBP25.8 juta (RM142.5 juta).

Zappacosta telah menandatangani kontrak selama empat tahun bersama The Blues, sekaligus bakal kembali bekerjasama dengan pengendali, Antonio Conte, yang sebelum ini memilihnya dalam skuad kebangsaan Itali dalam saingan Euro 20016.

“Satu impian buat saya untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea. Saya sangat gembira dan akan mula bekerjasama dengan pasukan.

“Diharapkan saya dapat mempamerkan kualiti yang saya miliki kepada jurulatih, rakan sepasukan serta semua peminat Chelsea,” katanya.

Zappacosta adalah seorang pemain kebangsaan Itali yang amat dikenali oleh Conte dan mereka telah menelitinya sejak sekian lama.

“Kami teruja untuk memilikinya di dalam pasukan dan percaya Zappacosta akan memainkan peranan penting buat Chelsea,” ujar pengarah teknikal Chelsea, Michael Emenalo.
 

Advertisement

Must Watch Video