Skip to main content

Bola Sepak

Zainol cabar pemain PKNP FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zainol.jpg
Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berharap pemain pasukan itu akan memenuhi impian Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, agar terus kekal dalam Liga Super musim depan.

"Ini impian MB yang berharap Perak terus mempunyai dua wakil dalam Liga Super tahun depan.

"Selaku Pengerusi PKNP, beliau mahu mudah membuat percaturan dan keputusan mengenai pengurusan kedua-dua pasukan nanti.

"Oleh yang demikian, saya berharap Abu Bakar Fadzim dan anak buahnya akan berusaha untuk selamatkan pasukan ini daripada terjerumus ke Liga Perdana," katanya kepada pemberita dalam majlis iftar PKNP FC serta warga Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Hotel Casuarina @Meru, Meru Raya, malam tadi.

Terdahulu, Zainol melontarkan cabaran kepada pasukan itu dengan berkata dia akan meletak jawatan sendainya PKNP FC turun ke Liga Perdana musim depan.

Zainol, yang juga Penasihat Menteri Besar Perak, berkata demikian berikutan kedudukan PKNP FC di tangga ke-11 selepas 15 perlawanan.

"Saya serius dan ikhlas mengenai perkara ini. Saya berbuat demikian di atas kesedaran betapa MB sudah berusaha gigih untuk memperkasakan pasukan.

"Hampir semua tuntutan dan permintaan pasukan dipenuhi.

"Kini, terpulang kepada pemain untuk membalas segala pengorbanan pihak pengurusan dengan berusaha mengutip sebanyak mata dalam baki tujuh perlawanan.

"Bagi saya, tiada alasan untuk tidak boleh berjaya," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video