Skip to main content

Bola Sepak

Zainal Abidin sasar perkasakan struktur bola sepak belia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zainal-abidin-hassan.jpg
Tiada istilah jalan pintas untuk berjaya. 

Perkara itu ditekankan legenda negara yang kini menjadi sebahagian daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Zainal Abidin Hassan, sebaik mendapat undi penuh untuk memegang jawatan Ahli Exco FAM.

Selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Zainal mahu mengetengahkan idea mewujudkan kembali saingan liga peringkat negeri sebagai laluan sebenar untuk pencarian bakat sebenar dalam kalangan pemain tempatan.

"Pemain lepasan sekolah akan menyertai liga ini. 

"Itulah perjalanan saya selepas bermain untuk sekolah sebelum dipilih ke Kelab Sultan Sulaiman, di situ saya dipilih menjadi pemain Selangor, seterusnya Malaysia. 




"Tidak boleh selepas sekolah terus main negeri atau ke atas," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Tegasnya, dia sendiri melalui landasan yang sama sebelum muncul antara pemain terbaik Harimau Malaya sekitar era 80 hingga 90-an.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan FAM Edisi Pertama bakal berlangsung minggu depan di samping Pengerusinya, Datuk Yusoff Mahadi.

"Saya akan terlibat. 

"Saya akan diterangkan tentang apakah sebenarnya pertandingan ini dan aspek yang perlu diperbaiki. 

"Yang penting kami mesti pantau. Kalau ada ruang yang perlu diperbaiki dengan segera, kami akan perbaiki," katanya lagi 


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video