Skip to main content

Bola Sepak

Zahasmi: TRW tanpa Indra Putra jumpa Felda United  malam ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indraputra-270417.jpg
Ketua jurulatih Kelantan,  Zahasmi Ismail, mengesahkan The Red Warriors (TRW) terlepas khidmat pemain berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin, dalam aksi sukar Liga Super menentang Felda United FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam ini.
 
Kelantan, yang sebelum ini kehilangan khidmat kapten, Mohd Badri Radzi, dan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat, terpaksa menerima hakikat penggantungan satu perlawanan Indra Putra akibat mengumpul tiga kad kuning.

“Kami terpaksa terima hakikat kehilangan pemain berpengaruh, Indra Putra, akibat penggantungan satu perlawanan. Sebelum ini, TRW sudah beraksi tanpa  Piya dan Khairul Fahmi. Sudah pasti kehilangan ini amat dirasai, terutama untuk memimpin pemain muda di atas padang.

“Apapun masalah yang melanda, perjuangan untuk kekal dalam Liga Super musim depan perlu diteruskan. Kami masih mempunyai  Mohd Farhan (Muhammad) dan Mohd Khairul Izuan (Rosli) untuk mengisi kekosongan tersebut,” katanya. 

Zahasmi juga mengingatkan benteng pertahanan TRW supaya sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap permainan dan cuba mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan mudah yang boleh menghancurkan peluang Kelantan meraih mata di gelanggang sendiri.  

“Saya harap benteng pertahanan terus fokus dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Paling penting, tidak melepaskan gol mudah dalam 10 minit pertama perlawanan kerana dalam empat perlawanan terdahulu (bertemu Selangor, Kedah, UiTM FC dan Melaka United), kami dibolosi agak mudah.

“Jaringan awal pemain lawan inilah sebenarnya telah ‘membunuh’ semangat perjuangan TRW dan akibatnya, kami melakukan banyak kesilapan, terutama dalam usaha mencari gol penyamaan.

"Jadi, untuk perlawanan malam ini, benteng pertahanan perlu memberikan tumpuan 150 peratus,” katanya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video