Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, mahu anak buahnya berwaspada dengan serangan balas Selangor yang yang dilihat sering memberikan masalah kepada pihak lawan menjelang pertemuan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.
Fakta itu terbukti apabila dua jaringan ketika tewas 2-0 di Kota Bharu pada Februari lalu turut dicipta hasil daripada taktikal yang menjadi kelebihan utama buat Red Giants itu.
Justeru, Zahasmi menyeru agar pemain-pemainnya tidak mudah leka agar cerita sama tidak akan berulang dalam aksi kedua di tempat lawan.
"Saya rasa kami memang perlu berhati-hati dengan serangan balas Selangor dan corak itu telah terbukti dalam beberapa perlawanan mereka sebelum ini," kata Zahasmi.
Selain itu, Zahasmi juga melihat kejayaan Selangor menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Piala Malaysia, Selasa lalu, sebagai pencetus semangat buat anak buah P. Maniam untuk meneruskan kecemerlangan.
Bagaimanapun, jurulatih berusia 50 tahun itu mahu menamatkan rentetan kemenangan buat Selangor biarpun bakal beraksi tanpa kelibat penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat, dan kapten, Badhri Radzi.
"Ketika menentang Kedah juga, kami beraksi tanpa Apek (Khairul Fahmi) dan Piya (Badhri), namun pemain-pemain tetap menunjukkan komitmen yang baik," tambahnya.