Skip to main content

Bola Sepak

Zahasmi: Nasib tidak menyebelahi Kelantan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-230717.jpg
Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, menganggap kemenangan 1-0 Selangor ke atas pasukannya di Stadium Selayang semalam adalah atas faktor tuah semata-mata tatkala skuad kendaliannya didakwa lebih menguasai permainan.

Kelantan tewas 1-0 di tangan Red Giants dalam aksi ke-17 Liga Super dan Zahasmi melabelkan persemabahan anak buahnya dalam perlawanan itu adalah yang terbaik pernah ditonjolkan sepanjang saingan musim ini.

Kelantan memiliki banyak peluang terbaik untuk mencetak jaringan sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan, namun nasib Selangor lebih baik apabila berjaya menyudahkan peluang serangan balas pada minit ke-19 dan membolehkan Amri Yahyah menjaringkan gol tunggal perlawanan.

"Selangor lebih bernasib baik tetapi pujian buat pemain saya kerana berjaya menguasai perlawanan, cuma nasib tidak menyebelahi kami," kata Zahasmi.

Sementara itu, jurulatih Selangor, P. Maniam, menganggap anak buahnya mempamerkan keserasian ketara yang membawa kepada kemenangan demi kemenangan sejak akhir-akhir ini.

Berbeza dengan Zahasmi yang memuji permainan kemas skuad Kelantan, bagi Maniam hanya kemenangan yang mampu membezakan setiap pasukan dalam sesebuah perlawanan.

"Kami bermain baik walaupun tanpa Rufino Segovia dan Andik Vermansyah.

"Dalam masa sama, kami tidak membiarkan gawang dibolosi dan itu sememangnya sasaran kami.

"Barisan pertahanan menjalankan tugas dengan bagus dan itu harus dipuji," kata Maniam.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video