Ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, mahu pemain The Red Warriors (TRW) meneruskan momentum kemenangan apabila bertemu Melaka United dalam aksi kedua saingan Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam ini.
Zahasmi percaya momentum kemenangan pasukannya mampu berterusan jika pemain dapat memberikan aksi terbaik sebagaimana yang ditunjukkan ketika mengalahkan UiTM 3-1 di gelanggang sendiri, Selasa lepas.
“Alhamdulillah, moral pemain semakin baik dan kejayaan mengutip tiga mata dalam aksi pembukaan menentang UiTM akan diteruskan malam ini biarpun kami sedar Melaka United sangat memerlukan kemenangan selepas tewas kepada Kedah.
“Saya selalu mengingatkan mereka supaya memberi fokus sepenuhnya dalam permainan dan kurangkan sebarang kesilapan mudah jika berhajat untuk membawa balik mata dari sana,” katanya.
Ditanya mengenai kekuatan Melaka United dalam saingan Piala Malaysia musim ini, Zahasmi mengakui lawan kali ini tampil berbeza kerana melakukan rombakan besar-besaran ketika jendela perpindahan pemain, bulan lalu.
“Mereka (Melaka United) kini dipimpin oleh jurulatih baharu dari Portugal (Eduardo Almeida) bersama tiga pemain import baharu yang diambil untuk menguatkan pasukan.
"Sudah pasti corak dan gaya permainan mereka sangat berbeza.
“Saya yakin mereka akan memberikan aksi terbaik untuk bangkit semula selepas tewas 2-0 di Alor Setar dan TRW perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Beraksi di Stadium Hang Jebat bukanlah tugas mudah," katanya lagi.