LIGA INGGERIS
Zaha pemain pertama EPL tidak berlutut sebelum perlawanan
Penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha, menjadi pemain pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk tidak berlutut sebelum memulakan perlawanan.
Zaha berdiri sebelum merakamkan kemenangan ke atas West Brom semalam, tindakan yang diambil akan menjadi lebih bermakna dalam melawan isu perkauman.
Dalam satu kenyataan, pemain berusia 28 tahun itu berkata, dia berkata akan 'akan terus berdiri teguh'.
Zaha mengatakan pada bulan Februari bahawa dia tidak akan lagi mengikuti inisiatif yang diambil dalam EPL musim lalu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kelab-kelab EPL berlutut seketika sebelum sepak mula bagi menyokong pergerakan Black Lives Matter, yang menjadi terkenal berikutan kematian George Floyd di Amerika Syarikat pada Mei 2020.
"Keputusan saya untuk berdiri sebelum perlawanan adalah pengetahuan umum sejak beberapa minggu lalu," kata Zaha.
"Tidak ada keputusan yang betul atau salah, tetapi bagi saya secara peribadi saya merasa berlutut telah menjadi sebahagian daripada rutin pra-perlawanan dan pada masa ini tidak menjadi masalah sama ada kita berlutut atau berdiri, ada di antara kami yang masih terus menerima penderaan perkauman."
Perlawanan menentang West Brom adalah peluang pertama Zaha untuk membuat keputusannya setelah pulih daripada kecederaan hamstring.
Pengurus Palace, Roy Hodgson, berkata, "Saya akan terkejut jika ada yang mencadangkan selama satu minit bahawa dia melakukannya kerana dia tidak peduli. Dia melakukannya kerana mahu memperjuangkan pergerakan tersebut."
Kapten Palace, Luka Milivojevic, memastikan kemenangan di Selhurst Park menerusi sepakan penalti pada minit ke-37 sekaligus mengangkat kelab ke tangga ke-11 liga.