Roy Hodgson yakin tiada individu di Crystal Palace akan mencari jalan untuk menjual pemain sayap, Wilfried Zaha, bulan ini tetapi bidaan yang "penting" mungkin akan dipertimbangkan.
Zaha telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai Everton dan Arsenal dalam jendela perpindahan lalu sementara Hodgson mengakui pemain tersebut kecewa penghijrahannya tidak dimeterai.
Palace dilaporkan meletakkan tanda harga GBP100 juta (RM542 juta), namun tiada pasukan yang mahu menawarkan sejumlah wang tersebut sementara Chelsea digantung daripada melakukan sebarang aktiviti perpindahan ketika itu.
Bagaimanapun, sejak penggantungan Chelsea dikurangkan, ini bermakna mereka mampu kembali aktif untuk menandatangani pemain dan Zaha dilihat sebagai pilihan yang terbaik untuk memperkuat pasukan.
Pada permulaan bulan lalu, ejen Zaha, Federico Pastorello, memberitahu Sky Sports News bahawa pemain kebangsaan Ivory Coast itu "berhak menghadapi cabaran baru bersama kelab ternama".
Hodgson pula menjelaskan menjelang pertembungan dengan Norwich City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini, "Zaha bukan untuk dijual. Saya tidak memerlukan jaminan.
"Kami tidak akan cuba menjual Zaha dan cuba memastikan dia terus kekal bersama pasukan sehingga tamat musim ini," katanya.
Sebelum sebarang tawaran hadir, tumpuan Hodgson adalah memperkuatkan pasukan dengan beberapa pemain baru.
"(Penjualan Zaha) bukan sesuatu yang kami cari tetapi semua pihak menyedari pasukan ini perlu diperkuatkan lagi," tambah pengurus Palace itu.
"Kami memerlukan pemain-pemain tertentu. Terdapat ruang yang perlu diperbaiki untuk meneruskan saingan musim ini. Saya percaya ia adalah perkara yang seharusnya dilakukan."