Skip to main content

Bola Sepak

Yusri: Macam main ping pong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu-ii-vs-kelantan.jpg
"Macam main ping-pong, dua orang seronok sendiri sahaja."

Itu pandangan jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, selepas menyaksikan mereka tewas 1-2 kepada Terengganu FC (TFC) II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi, yang lengang tanpa kehadiran penonton.

Ia susulan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk kesemua aksi liga tempatan diadakan dalam stadium tertutup akibat wabak coronavirus baru (Covid-19) sebelum ditangguhkan Isnin ini.

Justeru, Yusri berpendapat penangguhan perlawanan pada masa akan datang adalah jalan terbaik berbanding beraksi dalam stadium tertutup seperti di Kuala Terengganu itu.

Kesan beraksi dalam situasi itu katanya adalah agak besar terutama dalam aspek kewangan selain secara tidak langsung menjejaskan moral pasukan bertanding.

"Saya menyahut baik keputusan MFL untuk menangguhkan dahulu saingan liga.

"Tambahan pula semangat pemain-pemain juga berbeza tanpa sokongan dan sorakan penonton.

"Jika (Covid-19) masih berlanjutan, patut tangguh lebih lama lagi daripada main dalam stadium kosong," jelas bekas pemain negara itu.

Dalam perlawanan tersebut, Kelantan terpaksa pulang ke Kota Bharu dengan tangan kosong selepas jaringan Felix Odili pada minit ke-32 gagal dipertahankan.

Penyerang TFC II, Jordan Mintah, menyamakan kedudukan seminit kemudian disusuli gol kemenangan tuan rumah hasil sepakan sudut Zuasyraf Zulkiefle (m-62).

Yusry berkata, kekalahan itu adalah wajar dengan mengambil kira prestasi Kelantan yang beraksi di bawah tahap sebenar selain kurang selesa dengan permukaan padang.

"Saya akui permainan Kelantan tak sepeti dirancang dan kami terlalu gopoh ketika dalam situasi kelam kabut," tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video