Skip to main content

Bola Sepak

Yusoff Mahadi kunci mulut khabar angin pucuk kepimpinan FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yusoff-mahadi.jpg
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengelak daripada memberi sebarang kenyataan apabila didekati media berhubung pendedahan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, di aplikasi X berkenaan bakal berlaku perubahan pucuk pimpinan badan induk itu dalam masa terdekat.

Perkembangan itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan jika benar adanya perubahan yang bakal berlaku atau pun sebaliknya.





Yusoff ditemui ketika Majlis Sidang Media 100Plus dalam memperbaharui sokongan kepada FAM dan pasukan kebangsaan menerusi kontrak lanjutan dua tahun lagi dengan nilai tajaan RM1 juta setahun -- RM750,000 dalam bentuk barangan dan tunai RM250,000.

Ia juga merupakan nilai tambah kepada FAM sendiri untuk mencapai sasaran RM15j penajaan.

"Kami tidak boleh umumkan langkah seterusnya tapi yang penting, sasaran yang diberikan presiden FAM ialah RM15j. 

"Sekarang yang ada lebih kurang RM8j," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran FAM, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya.
 
Football Shoes

Ready Untuk Game Seterusnya?

Rekaan sporty, selesa dipakai & tahan lasak. Sesuai untuk training harian atau perlawanan.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video