Skip to main content

Bola Sepak

Yusoff Mahadi jawab keberadaan Setiausaha Agung FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menjelaskan situasi tular berkenaan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman.

Terdahulu, gambar Noor Azman bersama Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, minggu lalu menjadi buah mulut di media sosial ketika ini. 

Noor Azman dilihat turut hadir ketika Infantino datang ke Kuala Lumpur, minggu lalu.

Untuk makluman, dia sedang digantung oleh FAM susulan kemelut yang melanda bola sepak negara melibatkan isu dokumentasi dan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. 

Kelibatnya menjadi tanda tanya dan membangkitkan persoalan di kalangan media sosial. 

"FAM mengambil maklum laporan yang disiarkan berhubung gambar Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino.

"Untuk makluman, gambar tersebut dirakamkan di luar acara atau majlis rasmi FAM mahupun FIFA dan kehadiran Datuk Noor Azman atas kapasiti peribadi beliau dan tidak mewakili atau membawa sebarang urusan rasmi FAM,” katanya dalam satu kenyataan.

“FAM ingin menegaskan bahawa sejak dikenakan hukuman penggantungan tugas pada 17 Oktober 2025, Datuk Noor Azman tidak terlibat dalam sebarang aktiviti, mesyuarat atau program rasmi FAM,” ujarnya.

Untuk rekod, posisi tersebut sedang disandang oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram.
 
Football

Nike Phantom 6 Low Academy

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video