Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi sebagai pemangku presiden badan induk itu bagi menggantikan Datuk Joehari Ayub dengan serta-merta.
Keputusan memilih timbalan presiden itu dibuat setelah Jawatankuasa Eksekutif FAM sebentar tadi mencapai persetujuan berdasarkan Statut FAM.
Menurut Artikel 42 Perenggan 7 dalam Statut FAM, jika jawatan presiden kosong, timbalan presiden yang paling lama berkhidmat akan menggantikan sehingga Kongres seterusnya iaitu tahun hadapan. Kongres tersebut hendaklah memilih Presiden baharu untuk baki tempoh penggal jawatan.
Joehari -- yang merupakan presiden kelapan -- dipilih bagi menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin sejak enam bulan lalu dan penggalnya sepatutnya berakhir pada 2029, namun hasrat itu tidak dapat diteruskan atas faktor kesihatan.
Dapatkan Sekarang

Jawatankuasa Eksekutif FAM telah bersetuju untuk menamakan Datuk Wira Mohd Yusoff sebagai Pemangku Presiden FAM berkuat kuasa serta-merta, hari ini berdasarkan apa yang termaktub dalam Statut FAM itu. pic.twitter.com/3KE0EwQQgD
— FinaNasrom (@fnasrom) August 27, 2025

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang