Skip to main content

Bola Sepak

Yusoff harap isu pelepasan pemain dapat diselesaikan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

18617skuadb22tahun.jpg
Pengurus skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Wira Yusoff Mahadi, berharap penyelesaian terbaik dapat dicapai berhubung isu pelepasan pemain skuad berkenaan menjelang saingan kelayakan AFC di Bangkok, bulan depan dan Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos nanti.

Beberapa pasukan kelab dan negeri dikhabarkan memohon pelepasan pemain walaupun dua tugasan penting menanti skuad B-22 negara.

Ia membabitkan saingan kelayakan AFC 2018 dari 19 hingga 23 Julai depan tatkala Sukan SEA pula akan berlangsung pada bulan berikutnya.

Walaupun mengakui keutamaan negara perlu diberi perhatian, Yusoff tetap menjanjikan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak berhubung perkara berkenaan.

"Kami perlu mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan perkara ini. Kami perlu memastikan setiap keputusan dapat dibuat dengan baik," katanya.

Sementara itu, Yusoff mengesahkan skuad akhir 25 pemain ke saingan kelayakan itu akan diputuskan selepas perlawanan persahabatan menentang Melaka United, Khamis ini.

"Selepas mengenal pasti 25 pemain yang akan dibawa untuk beraksi di Bangkok, surat-surat pelepasan akan diberikan kepada persatuan bola sepak negeri dan kelab masing-masing."

Advertisement

Must Watch Video