Yuki Tanigawa pilih gadis Sarawak sebagai teman hidup

Shaiful Shamsudin
Disember 23, 2023 12:22 MYT
Pemain import Kuching City, Yuki Tanigawa, memilih wanita tempatan sebagai jodohnya.
Dalam satu kenyataan kelab Borneo tersebut, Yuki, 26, kelihatan segak berbaju pengantin melayu dinikahkan dengan wanita bernama Nisha Ibrahim -- sehari sebelum itu.
Pertahanan tengah itu mula berkelana ke Liga Malaysia (Liga-M) pada 2020 sebelum kembali ke pangkuan Kyoto Sangyo dan beralih ke Kelantan United.
Namun, sejak dua tahun lalu dia kembali menyarung jersi Kuching City dan beraksi sebanyak 26 kali musim ini.
#liga super #Kuching City #DemiLigaKita #Yuki Tanigawa
;