Skip to main content

Bola Sepak

Youri Tielemans sandaran baru Aston Villa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tielemans.jpg
Aston Villa bersetuju untuk menandatangani pemain antarabangsa Belgium, Youri Tielemans, apabila kontraknya dengan Leicester berakhir. 

Villa mengesahkan pemain tengah berusia 26 tahun itu akan menyertai mereka pada 1 Julai depan selepas empat tahun di Stadium King Power.

Satu kenyataan di laman sesawang rasmi kelab itu berkata: “Aston Villa dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kelab telah mencapai persetujuan untuk menandatangani Youri Tielemans.
 
“Pemain antarabangsa Belgium ini secara rasmi akan menjadi Villan pada 1 Julai selepas kontraknya dengan Leicester City telah tamat.”

Tielemans menyertai Leicester daripada Monaco menerusi perjanjian bernilai £40 juta (RM232j) pada Julai 2019 selepas menyerlah dalam tempoh pinjaman 

Advertisement

Must Watch Video