Skip to main content

Bola Sepak

Yee Fatt tawar pengalaman bantu skuad Warga Kota

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chong-yee-fat.jpg
Pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel, tetap positif dengan persiapan pasukannya sempena menghadapi saingan Liga Super musim ini meskipun dua tenaga kejurulatihan sudah meninggalkan skuad Warga Kota. 

Bagi Maciel, walaupun penolong jurulatih sebelum ini, Rusdi Suparman, dan jurulatih penjaga gol, Hamsani Ahmad, memainkan peranan penting buat Kuala Lumpur muncul juara Liga Perdana musim lalu, dia tetap merestui penghijrahan mereka. 

Maciel berasakan sebagai jurulatih profesional, mereka berhak menentukan masa depan mereka. 

Bekas penolong jurulatih Perak, Chong Yee Fatt, kini bertindak sebagai penolong jurulatih. 

"Saya perlu menerimanya secara profesional memandangkan Hamsani mendapat tawaran lebih lumayan.

"Rusdi juga baru-baru ini menerima tawaran lain dan saya tiada masalah mengenainya. 

"Bagi saya, saya tahu falsafah yang diketengahkan dan saya sudah mempunyai pembantu yang baru (Yee Fatt), melalui karakternya dia adalah seorang yang berkebolehan," kata jurulatih kelahiran Brazil itu.

Dalam perkembangan lain, ketua pasukan Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin, turut menyambut baik kehadiran Yee Fatt. 

Bagi Indra, pengalaman Yee Fatt bersama The Bos Gaurus pasti mampu membantu pendatang baru Liga Super seperti Kuala Lumpur. 

"Dengan kelebihan yang dimiliki Yee Fatt kerana pernah menjadi pembantu jurulatih Perak dalam Liga Super, pengalamannya pasti akan membantu Kuala Lumpur di samping Maciel," ujar bekas tonggak Kelantan itu. 
 

Advertisement

Must Watch Video