Skip to main content

Bola Sepak

Yazan akui belum berada di prestasi terbaik bersama Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yazan-al-arab-selangor.jpg
Pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab, mengakui masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan cuaca di Malaysia selepas empat bulan bersama pasukan Gergasi Merah berkenaan.

Yazan dan rakan senegaranya dari Jordan, Baha Abdel-Rahman, merupakan taruhan import baru Selangor musim ini, di samping dua pemain Brazil, Herlison Caion dan Hyuri Henrique.

Khidmatnya ditagih untuk memastikan keampuhan benteng Selangor tetapi pemain kebangsaan Jordan itu masih belum dapat menunjukkan prestasi terbaiknya setakat ini.

Perkara itu diakui sendiri oleh Yazan walaupun dia pernah beraksi mantap menentang Harimau Malaya sewaktu mewakili negaranya dalam satu aksi persahabatan sebelum ini.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia berkata: "Cuaca di sini, kelembapannya amat tinggi dan di Jordan, kami tidak mempunyai pencahayaan seperti di sini.

"Daripada 10, saya hanya boleh memberikan diri saya (rating) lima atau enam."

Selangor akan berdepan Sarawak United di Stadium Petaling Jaya apabila saingan Liga Super bersambung pada 19 Jun ini.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video