Yaya Toure sah menandatangani kontrak dengan kelab China, Qingdao Huanghai.
Pemain veteran itu tidak menyertai sebarang pasukan sejak meninggalkan Olympiacos, Disember lalu.
Awal tahun ini, dia menafikan dakwaan ejennya bahawa dia telah bersara.
Bekas pemain tengah Manchester City dan Ivory Coast itu akan membantu Qingdao Huanghai ke Liga Super China (CSL) musim depan dengan kelab barunya itu sedang mendahului carta liga divisyen dua selepas 15 perlawanan.
"Sejak permulaan karier, saya sentiasa sukakan cabaran baru dan kini, saya memilih untuk mengambil cabaran baru ini untuk mencipta sejarah dengan Qingdao Huanghai," katanya dalam satu kenyataan.
"Ini merupakan kelab muda yang amat menarik dengan potensi yang besar dan kami berkongsi falsafah yang sama, iaitu untuk bermain bola sepak yang indah.
"Saya amat berbesar hati untuk berkembang dan berjaya dengan pasukan ini.
"Saya percaya pengalaman saya dalam bola sepak akan menawarkan sesuatu yang baru untuk kelab yang sedang meningkat naik ini.
"Dengan bersama-sama, kami mampu mencipta sejarah yang hebat.
"Saya tidak sabar untuk melihat bola sepak saya melakukan magis sekali lagi.
"Ayuh menikmati bola sepak bersama-sama!" katanya.
Toure, yang pernah menyertai Monaco dan Barcelona, merupakan antara legenda bola sepak era moden dengan pemain berusia 36 tahun itu pernah menerima empat Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Afrika .