Skip to main content

Bola Sepak

'Yang penting bukan siapa tiada tapi siapa yang kekal berjuang demi lencana di dada'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mas.jpg
Harimau Malaya telah berlepas ke Laos bagi meneruskan perlawanan seterusnya Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027, Khamis ini.

Dengan menaiki pesawat syarikat terkemuka negara yang turut menjadi penaja rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Malaysia Airlines (MAS), kapten penerbangan memberikan kata-kata semangat buat semua pemain kebangsaan. 

“Hari ini kita akan berlepas ke Vientiane dengan satu misi yang amat besar, perjuangan dalam kempen Piala Asia.

“Kami bangga dapat bawa anda terbang ke medan perlawanan demi negara. Kepada seluruh skuad Harimau Malaya, teruskan dengan semangat juang yang sama walau apa pun dugaan.

 


“Yang penting bukan siapa yang tiada tapi siapa yang kekal berjuang demi lencana di dada. Kami dan seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama anda. 

"Selamat maju jaya, Harimau Malaya,” katanya.

Skuad kendalian Peter Cklamovski mahu meneruskan rentak kecemerlangan meskipun tanpa tujuh pemain warisan negara yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). 

29 pemain yang terpilih membawa harapan peminat tempatan untuk mendapatkan tiga mata penuh, sekali gus terus menghuni tempat pertama kumpulan.

 
Harimau Malaya

Satu Semangat, Satu Jersi

Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video