Skip to main content

Bola Sepak

Xuan Son selesai jalani pembedahan, bakal kembali beraksi dalam tempoh lapan bulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xuan-son-nguyen.jpg
Pemain naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son, selesai menjalani pembedahan berikutan kecederaan patah kaki yang dialami ketika final kedua Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024.

Penjaring gol terbanyak kejohanan itu terpaksa dikeluarkan awal dalam aksi final kedua yang berlangsung di Stadium Rajamangala, selepas mengalami kecederaan patah kaki kanan.
 

Selepas tamat saingan, pembedahannya telah selesai dan dia berkemungkinan kembali beraksi dalam tempoh lapan bulan.
 

Vietnam menamatkan cabaran Piala AMEC selaku juara susulan kemenangan ke Thailand menerusi keputusan 3-2 (5-3 secara agregat).

 

Advertisement

Must Watch Video