EPL
Xherdan Shaqiri masih mahu lihat Liverpool muncul juara liga
Bekas pemain Liverpool Xherdan Shaqiri mahu melihat bekas kelabnya itu merangkul kejuaraan liga musim ini.
Shaqiri yang kini bermain untuk kelab Chicago Fire di liga Amerika Syarikat mengakui beliau masih mengikuti rapat perkembangan Liga Perdana Inggeris.
Dalam sebuah video yang tular hari ini, Shaqiri turut melihat kancah EPL ketika ini agak sengit dengan menyaksikan The Reds hanya dibezakan dua mata dengan pencabar terdekatnya Manchester City dan Aston Villa.
Iklan
Namun begitu jelasnya lagi Liverpool sudah pastinya tidak boleh selesa dengan kedudukanya ketika ini memandangkan apa sahaja boleh berlaku menjelang ke penghujung liga.
Shaqiri yang juga pernah menyarung jersi Lyon sebelum ini berharap penguasaan Liverpool dapat diteruskan dalam memastikan penguasaan liga yang berterusan.
Ketika di Liverpool, Shaqiri melakukan 45 penampilan yang menyaksikanya mencetak 7 gol sepanjang berada dalam skuad The Reds
Must-Watch Video