Skip to main content

Bola Sepak

Xhaka kekal watak penting Bayer Leverkusen -- Ten Hag

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ten-hag.jpg
Erik ten Hag berkata Granit Xhaka kekal sebagai pemain penting di Bayer Leverkusen dan tidak mahu melihat kelab menjualnya kepada Sunderland.

Pemain berusia 32 tahun itu telah banyak dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Liga Perdana Inggeris, dengan The Athletic melaporkan bahawa Xhaka telah memberitahu Bayer Leverkusen dia mahukan perpindahan itu.

Ejen Xhaka, Jose Noguerra Rodriguez, mengesahkan kepada media Jerman semalam bahawa terdapat perjanjian antara Sunderland dan pemain tengah itu.

Pengurus baharu, Ten Hag, menegaskan pemain antarabangsa Switzerland itu masih mempunyai peranan penting di kelab itu dan enggan melihat bintang lain berhijrah musim panas ini.

“Ejennya boleh berkata apa sahaja yang dia mahu, tetapi kelab ini sudah pun membiarkan tiga pemain penting (Florian Wirtz, Jeremie Frimpong dan Jonathan Tah) pergi, dan kami tidak akan melepaskannya lagi.

"Granit adalah seorang pemimpin, dia masih mempunyai baki tiga tahun dalam kontraknya di sini," kata bekas pengendali Man United itu semasa jelajah pramusim Leverkusen di Brazil.

Advertisement

Must Watch Video