Skip to main content

Bola Sepak

Xhaka beri amaran, jangan ambil mudah Lincoln City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xhaka-warns-arsenal-team-mates-against-potential-fa-cup-shock.jpg

Granit Xhaka memberi amaran kepada rakan sepasukan di Arsenal untuk tidak mengambil mudah aksi suku akhir Piala FA berdepan Lincoln City, malam ini.

Arsenal dijangka kembali ke landasan kemenangan selepas dikecewakan Liverpool 3-1 dan Bayern Munich 5-1, namun Xhaka menegaskan tiada jaminan mereka akan layak ke separuh akhir.

Lincoln -- yang beraksi dalam Liga Kebangsaan -- menyingkirkan Burnley dalam pusingan sebelum ini dan pemain antarabangsa Switzerland itu enggan The Gunners menerima nasib sama.

"Terdapat banyak keputusan mengejutkan dalam kejohanan seperti ini." kata bekas pemain Borussia Monchengladbach itu.

"Kamu perlu memberikan segalanya tidak kira siapa lawan kamu kerana apa sahaja boleh berlaku. Berdepan pasukan kerdil, apabila mereka berjaya menyumbat satu gol, ia akan menyukarkan kami untuk memecah kebuntuan.

"Saya teringat lagi daalm tahun pertama saya bersama Gladbach. Kami berdepan Darmstadt yang ketika itu beraksi dalam divisyen empat. Kami tewas dalam penentuan sepakan penalti."

Advertisement

Must Watch Video