Jenama pakaian sukan tempatan, XCRIIM, yang merupakan divisyen premium Coneli, menjalinkan kerjasama eksklusif bersama Astro Arena menerusi Nadi Bola dan Nadi Terkini.
Bersempena musim baru saingan Liga Malaysia yang akan membuka tirai tidak lama lagi, tayangan Nadi Bola dan Nadi Terkini di layar kaca anda akan diberikan nafas baru dengan pakaian yang digayakan dengan sentuhan XCRIIM.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Coneli Sdn Bhd, Lau Hui Lok, berkata: "Kami sangat gembira kerana dijemput sebagai penaja dua program ini.
"Sebenarnya jenama kami sudah lama terlibat dengan penganjuran sukan, terutama bola sepak, futsal dan sudah mula melibatkan sukan lain seperti maraton, sukan lasak, di mana kami juga menaja Persatuan Bola Tampar Kuala Lumpur.
"Kami berharap kerjasama ini akan menjadi permulaan untuk lebih banyak kolaborasi pada masa akan datang."
XCRIIM merupakan siri premium yang dikeluarkan Coneli -- menawarkan pakaian sukan premium dengan harga berpatutan dalam julat harga RM50 ke RM250.
Produk yang dikeluarkan jenama berkenaan merangkumi pelbagai peringkat usia dari kanak-kanak sehingga mereka yang berusia 45 tahun melibatkan pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, futsal, bola tampar, maraton, mendaki dan juga badminton.