Skip to main content

Bola Sepak

Xavi Simons, Alejandro Garnacho selangkah perkuat Chelsea?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

simon.jpg
Pemain RB Leipzig, Xavi Simon dan Manchester United, Alejandro Garnacho, dikhabarkan bakal memperkuatkan Chelsea bagi saingan musim 2025/26.

Mengikut wartawan terkenal bola sepak, Fabrizio Romano, menerusi laman X berkongsikan: "Chelsea sedang berusaha mendapatkan Xavi dan Garnacho.

"Kedua-dua pemain berminat untuk menyertai Chelsea, masih belum ada perbincangan daripada pihak Garnacho tetapi dia berada dalam senarai Chelsea." katanya.


 


Sebelum ini, Garnacho mendapat tawaran daripada kelab Super Lig iaitu Bessiktas, namun pemain berusia 21 tahun itu mahu kekal beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebelum ini, The Red Devils dilaporkan telah menurunkan harga permintaan mereka untuk Garnacho kepada GBP40 juta (RM228 juta) ketika mereka mencari dana untuk membina semula berikutan kempen Liga Perdana Inggeris terburuk mereka.

Untuk rekod, Garnacho merupakan pemain kedua dari United selepas Ronaldo yang pernah memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisement

Must Watch Video