Ikon Sepanyol dan Barcelona, Xavi, bersetuju melanjutkan kontraknya bersama Al Sadd untuk kekal di kelab itu sehingga 2018.
Sebelum ini, Xavi, yang mengakhiri kariernya di Nou Camp pada 2015, memeterai kontrak dua tahun bersama kelab Qatar itu.
Dengan pengesahan ini, pemain tengah berusia 37 tahun itu akan beraksi bersama pasukan Timur Tengah berkenaan buat musim ketiga.
Xavi dilantik sebagai ketua pasukan dan membantu kelab itu mengakhiri kempen musim sulungnya dalam Liga Bintang-Bintang di tempat ketiga.
Pasukan yang berpangkalan di Doha itu menamatkan musim ini di kedudukan kedua, tiga mata dipisahkan dengan juara, Lekhwiya SC, selepas beraksi dalam 17 perlawanan dengan menyumbang enam gol.