Skip to main content

Bola Sepak

Xavi resah di sebalik Barcelona muncul pendahulu LaLiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xavi.jpg
BARCELONA 1 CELTA VIGO 0 

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez, kurang senang sikap mudah berpuas hati barisan pemainnya biarpun baru merampas kedudukan pendahulu LaLiga. 


Kemenangan ketujuh tujuh berturut-turut ketika menundukkan Celta Vigo 1-0, awal pagi tadi, memastikan mereka menyamai pungutan mata seteru ketat, Real Madrid, di tangga teratas. 

Tetapi Xavi mengingatkan anak buahnya supaya tidak mudah mengendurkan permainan mereka selepas mereka berdepan beberapa detik cemas yang dijelmakan pelawat. 

Justeru, Xavi enggan mereka mengulanginya lagi menjelang minggu getir bagi menentukan nasib mereka dalam Liga Juara-Juara (UCL) ketika bertemu Inter pada Khamis ini, disusuli pertemuan 'El Clasico', tiga hari kemudian. 

"Kami harus memperbaiki diri, kami perlu mengkritik diri sendiri", katanya dipetik daripada Marca.

“Persembahan separuh masa kedua kami tidak bagus, kami berhenti mengasak dan meletakkan mereka di bawah tekanan.

 
“Secara psikologi kami telah merudum dan berakhir dengan dua atau tiga peluang yang mampu merobek gawang kami. 

“Hari ini kami tidak selesa tetapi tanpa beraksi bagus anda perlu mengharungi permainan seperti ini.

“Tiga minggu lalu kami dalam prestasi hebat dan kini tidak. Kami perlu menghadapi perlawanan seperti ini walaupun tidak beraksi dengan baik.”

 

Advertisement

Must Watch Video