Xavi memuji kesediaan Ousmane Dembele untuk mengambil risiko selepas pemain sayap Perancis itu membintangi aksi Barcelona membelasah Athletic Bilbao 4-0 di Camp Nou.
Barca kembali ke dalam jarak tiga mata di belakang Real Madrid di carta LaLiga dengan menewaskan Athletic semalam, Dembele membuka jaringan sebelum mencatatkan tiga bantuan jaringan.
Robert Lewandowski, Sergi Roberto dan Ferran Torres muncul pencetak jaringan dan Dembele merekodkan empat penglibatan gol dalam satu perlawanan untuk Barca buat kali pertama, dalam penampilan ke-165 di Blaugrana.
Jumlah lima assist Dembele dalam LaLiga adalah yang terbaik dalam pertandingan musim ini, dan Xavi menyifatkan pemain berusia 25 tahun itu menakjubkan
berikutan kemenangan Barca.
"Dia menjadi tumpuan kerana dia mengambil risiko dalam setiap pergerakannya. Dia sangat bermotivasi," kata Xavi kepada Movistar.
"Dia memahami segala-galanya dengan baik. Dia di sini untuk membuat perubahan dan dia mampu melakukan perkara ini."
Barca mendahului tiga gol dalam masa 22 minit ketika Athletic tumbang, sebelum mengawal penguasaan bola apabila Pedri berulang kali melayang masuk daripada peranan sayap kiri yang tidak dikenali.
"Kami fikir ia adalah permainan yang penuh dengan intensiti, kami memahami bahawa mereka akan memberi banyak tekanan kepada kami," kata Xavi.
"Kami memasukkan seorang lagi pemain tengah untuk membantu jentera serangan. Kami mendapati ia merupakan tindakan yang tepat dan bersesuaian dengan objektif pasukan. Itu adalah kuncinya. Kami menunjukkan solidariti dan ia adalah perlawanan yang lengkap."

4 - With a goal and three assists, Ousmane Dembéle ?? has been directly involved in four goals in a single game for Barcelona for the first time in all competitions (165 games). Stellar. pic.twitter.com/aY1qAN7ZJn
— OptaJose (@OptaJose) October 23, 2022