Ketua Jurulatih Barcelona, Xavi, mahu benteng pertahanan pasukannya di tambah baik menjelang perlawanan menentang Sevilla awal pagi esok.
Pasukan itu, yang merekodkan kemenangan tanpa kalah dalam LaLiga setakat ini, telah dibolosi empat gol daripada
Advertisement
dua perlawanan, iaitu ketika membenam Celta Vigo 3-2 dan mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Mallorca.
Walaupun menghadapi kekurangan di bahagian pertahanan, skuad bimbingan Xavi itu menjaringkan 18 gol, jumlah yang hampir sama dengan pendahulu liga, Girona.
Xavi menyedari beberapa kekurangan itu dan dia kini meletakkan fokus untuk memperbaiki barisan terakhir pasukannya.
"Kami mungkin tidak sebaik edisi lalu daripada segi pertahanan. Kami perlu memperbaiki kawalan bola, beri lebih banyak tekanan dan fokus dalam perlawanan.
"Tapi setakat ini, kami mempunyai barisan depan yang baik. Enam peluang terhasil
ketika menentang Mallorca dan saya berfikir itu adalah kelebihan yang baik." katanya.
Gergasi Blaugrana itu akan berdepan Sevilla, yang kini sudah menunjukkan taring selepas mencatatkan kemenangan dalam tiga aksi terakhir.
Xavi turut menyeru penyokong Barca untuk menjadi pemain ke-12 dalam aksi awal pagi esok
"Sevilla adalah juara bertahan Liga Europa dan merupakan pasukan yang sukar ditewaskan. Mereka kuat dengan corak permainan yang terus meluru ke depan selain menggunakan bahagian sayap sebaiknya.
"Tapi, kali ini kami bermain di laman sendiri. Kami memerlukan penyokong untuk memberikan semangat buat pemain untuk meraih kemenangan" tambahnya.
Jika Barcelona meraih kemenangan dalam perlawanan itu, ia akan membawa mereka ke tangga teratas liga sebelum Girona dan Real Madrid bertemu sehari kemudian.
"Bukan satu kejutan buat saya kerana mereka telah bermain dengan baik dalam beberapa tahun ini," tambahnya