LALIGA

Xavi kesal Barca dua kali dimalukan Girona

Shaiful Shamsudin 04/05/2024 | 23:09 MYT
GIRONA 4 BARCELONA 2
Xavi menegaskan masa depannya di Barcelona tidak perlu diragui selepas harapan Blaugrana untuk merebut gelaran itu ditiadakan oleh Girona.
Barca kecundang 2-4 kepada Girona awal pagi tadi untuk membolehkan Real Madrid diangkat sebagai juara LaLiga.
Xavi, yang pada mulanya memilih untuk meninggalkan kelab itu di penghujung musim, melakukan pusingan U pada bulan lalu dengan mengesahkan dia akan kekal sehingga setidak-tidaknya akhir musim 2024-25.
Namun, ia tidak menghalang masa depannya pengurus Barca itu terus menjadi topik dalam sidang akhbar selepas perlawanan itu.
“Tiada perdebatan mengenai masa depan saya,” kata Xavi kepada pemberita sebelum meluahkan perasaannya selepas kekalahan itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sedih, kecewa. Kami telah mengalami kedua-dua pertemuan ini.
"Ketidakberkesanan sekali lagi telah membunuh kami.
"Saya adalah individu pertama yang berasa marah, kecewa dengan situasi ini. Saya memahami hati peminat. Sebelum menjadi jurulatih, saya juga seorang peminat.
"Saya faham kekecewaan penyokong sendiri."
#LaLiga