Skip to main content

Bola Sepak

Xavi: Barcelona mampu tampung isu kecederaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xavi.jpg
Pengurus Barcelona, Xavi, menegaskan skuadnya mampu menampung masalah kecederaan mereka yang semakin meningkat.

Kelab itu melawat Granada, awal pagi esok, berbekalkan kemenangan berturut-turut 1-0 ke atas Sevilla dan Porto.

Ferran Torres merupakan penjaring gol kemenangan Liga Juara-Juara (UCL) di Portugal selepas menggantikan Robert Lewandowski yang tercedera.

Penyerang Poland itu menyertai Frenkie de Jong, Pedri dan Raphinha dalam senarai kecederaan terbaru kem berkenaan ketika ini. 
 
"Kami mempunyai skuad yang agak kecil tetapi saya tidak mahu mengatakan bahawa kami sedang dibelenggu oleh kecederaan," katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

 


“Kami mempunyai pemain untuk bersaing. Kami berharap pemain akan pulih untuk perlawanan akan datang.

“Ketiadaan Lewandowski merupakan satu kehilangan besar, dia adalah pemain kami yang paling membuat perbezaan dan seorang pemimpin. 

“Tetapi nasib baik pasukan mempunyai banyak alternatif seperti Joao (Felix), Ferran dan Fermin (Lopez) yang tahu untuk menggalas peranan 'false nine'. 

“Kami sudah mempunyai banyak perlindungan di bahagian tengah selain penambahan baru daripada skuad simpanan.”

Advertisement

Must Watch Video