Skip to main content

Bola Sepak

Xabi Alonso calon tepat kemudi Madrid -- Drenthe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xabi-alonso.jpg
Xabi Alonso merupakan satu-satunya pengurus dalam bola sepak dunia yang secara realistiknya mampu menggantikan Carlo Ancelotti di Real Madrid, kata bekas pemain tengah Madrid, Royston Drenthe.

Semalam, Alonso mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Bayer Leverkusen di penghujung musim Bundesliga ini dengan Die Werkself dijamin menduduki tempat kedua dengan baki dua perlawanan.

Bekas pemain tengah itu menyertai Leverkusen di pertengahan kempen 2022-23 untuk sentuhan sulungnya sebagai pengurus selepas membimbing pasukan B Real Sociedad selama tiga tahun.

Dia meraih kejayaan besar dalam kempen pertamanya yang menyaksikan Leverkusen melengkapkan kejuaraan berganda, Bundesliga dan DFB-Pokal, dengan rekod tanpa kalah pada 2023-24.

Alonso diramalkan bakal menggantikan Ancelotti di Santiago Bernabeu, dengan pengurus yang membantu mereka menjulang lima kali juara Liga Juara-Juara (UCL) itu dijangka berhijrah. 

Drenthe, yang bermain bersama Alonso di Madrid di antara 2009 dan 2012, percaya Los Blancos memerlukan seorang pengurus berpengalaman bagi memenuhi jangkaan tinggi kelab itu.

"Lihat, jika anda akan membuat perubahan dengan pengurus seperti Ancelotti yang telah melalui beberapa tahun yang baik di Madrid, satu-satunya pengurus masa kini yang mempunyai sejarah bersama Madrid ialah Xabi Alonso," katanya kepada Stats Perform.

“Dia telah memacu Leverkusen dengan baik dan saya fikir jika anda akan melihatnya sebagai pengurus kelab yang tidak mempunyai banyak kejayaan, ia akan menjadi sukar.




"Saya fikir Xabi Alonso merupakan seorang yang sangat profesional. Saya pernah bekerjasama dengannya sebagai pemain dan anda boleh lihat cara dia melakukan sesuatu di Leverkusen.

"Anda tidak akan memenangi liga Jerman jika anda bukan seorang pengurus yang baik.

"Saya fikir dia adalah satu-satunya orang yang mampu melaksanakan tugas di Sepanyol bersama Madrid."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video