Skip to main content

Bola Sepak

Woodward: Sukar berbelanja besar musim panas ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ed-woodward.jpg
Naib pengerusi Manchester United, Ed Woodward memberikan amaran bahawa perpindahan dengan jumlah yang besar harus diketepikan ekoran realiti kewangan yang perlu dihadapi kelab ketika ini.

Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu telah dikaitkan dengan bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho dan penyerang Tottenham, Harry Kane bagi jendela perpindahan seterusnya.

Bagaimanapun, pandemik koronavirus telah memberikan kesan kepada kewangan kelab dan berpotensi untuk menggugat mereka ketika jendela perpindahan ini.

Woodward menjelaskan bahawa khabar angin mengenai perpindahan bernilai tinggi adalah perkara yang tidak mungkin berlaku.

"Sesiapapun seharusnya tidak boleh berada di bawah khayalan mengenai cabaran yang dihadapi setiap individu dalam bola sepak ketika ini, termasuk dengan kami menjelang jendela perpindahan musim panas ini," katanya.

"Keutamaan kami adalah kejayaan pasukan. Tetapi kami perlu melihat impak keseluruhan industri ini, termasuk dengan waktu jendela perpindahan musim panas nanti.

"Secara asasnya, pemain-pemain yang perlu ditandatangani dengan nilai yang tinggi haruslah diketepikan terlebih dahulu."

Musim Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangguh bulan lalu dengan United kini menghuni tangga kelima dan masih lagi bersaing dalam Liga Europa dan Piala FA.
 

Advertisement

Must Watch Video