Vitor Pereira meragui kewibawaan pengadil dalam kekalahan 1-2 kepada Liverpool awal pagi tadi sambil melabelkan persembahan buruk Wolves dalam separuh masa pertama sebagai titik kejatuhan mereka.
Wolves ketinggalan 0-2 menuju bilik persalinan selepas Luis Diaz membuka tirai jaringan sebelum sepakan penalti Mohamed Salah meletakkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam kawalan penuh.
Pelawat terus kecewa di Anfield apabila Ibrahima Konate terselamat daripada dibuang padang pada awal permainan sebelum Slot mengeluarkan bek tengah tersebut selepas rehat.
Konate diberi amaran kerana menarik Matheus Cunha malah pertahanan Liverpool itu bertindak menendang bola sejurus wisel dibunyikan.
Pemain Perancis itu kemudian terlepas kad kuning kedua dalam usaha mengekang Cunha dalam perebutan bola di udara, secara tidak langsung mendorong pengendali Wolves, Pereira, mempersoalkan kelibat pengadil, Simon Hooper.
"Saya mempunyai beberapa keraguan mengenai beberapa keputusan pengadil dalam perlawanan tetapi saya tiada upaya mengubahnya," katanya selepas habis perlawanan.
"Inilah bola sepak. Saya tidak boleh merungut kerana permainan sudah berakhir.
"Saya tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.
"Sudah tiba masanya untuk mula memikirkan perlawanan seterusnya dan mengambil sesuatu yang positif daripada permainan ini."

Wolves boss Vítor Pereira says he would have sent the referee off today, if he had cards in his pocket ??
— Hayters TV (@HaytersTV) February 16, 2025
? https://t.co/nq2mALV9Uz pic.twitter.com/7EV4In7336