LIGA INGGERIS

Wilson sertai Bournemouth secara pinjaman

Penulis Jemputan 07/08/2019 | 00:58 MYT
Bournemouth menandatangani pemain sayap Liverool, Harry Wilson, menerusi pinjaman jangka panjang.
Pemain kebangsaan Wales itu membintangi Derby County dalam Liga Kejuaraan musim lalu dengan menjaringkan 16 gol dalam 43 perlawanan liga di bawah kendalian Frank Lampard.
Wilson, yang sebelum ini mencuri tumpuan dalam tempoh kedua pinjamannya di Hull City, kembali menyertai Liverpool dalam jelajah pra-musim, di mana dia menjaringkan gol dalam aksi persahabatan menentang Borussia Dortmund dan Lyon.
Namun, walaupun dilaporkan menarik minat Newcastle United dan Aston Villa, Wilson dibenarkan untuk dipinjamkan sekali lagi dan destinasi kali ini ialah Bournemouth.
Dia berkata dalam laman web rasmi pasukan: "Ia amat hebat untuk berada di sini, amat hebat apabila segala-galanya telah selesai dan saya tidak sabar untuk bertemu dengan semua staf dan pemain.
"Apabila Liverpool memberitahu bahawa saya mungkin ke sini, saya tidak sabar untuk melengkapkannya.
"Saya mahu bermain dalam Liga Perdana bersama pasukan yang hebat seperti Bournemouth.
"Dengan cara permainan Bournemouth, saya fikir saya boleh menyesuaikan diri dan membantu pasukan ini," katanya.
Sebagai rekod, Wilson hanya pernah sekali mewakili pasukan utama Liverpool, iaitu menerusi penampilan pertamanya dalam Piala FA pada 2017.
;