Joe Willock percaya Newcastle United lunas kekecewakan kepada Manchester United apabila mereka membalas dendam atas kekalahan final Piala EFL kepada Red Devils dengan kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

The Magpies dinafikan trofi utama pertama dalam tempoh 68 tahun hasil gol daripada Casemiro dan Marcus Rashford di Wembley pada final Februari lalu.

Tetapi anak buah kendalian Eddie Howe mempamerkan prestasi yang lebih baik di St James' Park semalam, apabila Willock dan Callum Wilson melakukan jaringan untuk membawa mereka mengatasi pasukan bimbingan Erik ten Hag dan melonjak ke tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris.

Bercakap selepas pasukannya melonjak ke kedudukan Liga Juara-Juara, Willock berasakan Newcastle menggunakan kekecewaan final untuk kelebihan mereka apabila mereka membalas dendam atas kekecewaan itu.

“Hari ini kami bermain dengan sangat baik,” katanya kepada Sky Sports.

"Kami berhak mendapat kemenangan.

"Hari ini sangat bertenaga di sini. Kami memberi persembahan terbaik kepada penonton dan mendapat tiga mata besar.

"Saya rasa seperti kami membalas kekecewaan final sebelum ini.

"Kami amat kecewa tempohari, kami tidak mengambil mudah. Tewas dalam perlawanan akhir piala, ia amat menyakitkan. Kami membawa kemarahan itu ke dalam permainan hari ini dan dari awal kami permainan yang dikuasai."