Pengendali Melaka United, Eric Williams, mencabar jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, untuk melatih pasukannya setelah dia mendakwa dicerca jurulatih dari Mexico itu.
"Saya bercakap dengannya ketika mereka menewaskan kami 7-0 (bulan lalu), dia tidak berjabat tangan dengan saya tetapi kali ini apabila dia datang bersalam, dia lakukannya dengan lagak mahu bergaduh.
"Selepas itu dia kata, 'lain kali kami akan tewaskan kamu 7-0.' Kemudian saya berkata kepadanya 'kamu rasa kamu seorang jurulatih yang bagus? Cuba datang dengan menjadi jurulatih kepada pasukan saya'," dedah Williams sejurus selepas tamat aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, kelmarin.
Jelas sekali, jurulatih berusia 62 tahun dari England itu kecewa dengan sikap meninggi diri Mora dan seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan pasukannya seri 1-1 dengan Melaka dalam perlawanan itu.
"Ada masanya kamu perlu bersikap merendah diri dan menerima kenyataan bahawa kadang-kala kamu tidak boleh menang kesemuanya. Saya sangat kecewa dengan reaksi jurulatih itu," tambahnya.
Dalam pertemuan itu, JDT terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke-59 tetapi Melaka bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-87 menerusi jaringan Jeon Woo-young.