Skip to main content

Bola Sepak

Wilfried Zaha sertai Galatasaray dengan kontrak tiga tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaha_1.jpg
Wilfried Zaha melengkapkan perpindahannya ke Galatasaray dengan memeterai kontrak tiga tahun bersama pasukan gergasi Turki itu.

Zaha merupakan pemain berstatus ejen bebas selepas kontraknya dengan Crystal Palace tamat bulan lalu dan dia sebelum ini turut pernah mendedahkan bahawa dia ke Istanbul untuk mengadakan perbincangan dengan pasukan itu selepas dilaporkan menolak pendapatan £200,000 (RM 1.171 juta) seminggu untuk kekal di Selhurst Park.

Menerusi satu kenyataan dalam laman web rasmi pasukan itu, Galatasaray mendedahkan bahawa mereka bersedia untuk membayar yuran pemilikan bernilai £2 juta (RM11.71 juta) kepada pemain berusia 30 tahun berkenaan selain pendapatan tahunan bernilai £3.75 juta (RM21.96 juta).
 
Pengumuman itu dilakukan sehari selepas Zaha, menerusi satu kiriman Instagram, mengucapkan selamat tinggal kepada Palace, yang disertainya sejak berusia 12 tahun dan menjaringkan 90 gol daripada 458 penampilan.

Zaha meninggalkan Place untuk menyertai Manchester United pada 2013 tetapi kembali ke London secara pinjaman selama dua musim sebelum kembali mengikat kontrak tetap pada 2018.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu, yang pernah mewakili England sebanyak dua kali sebelum menukar kerakyatannya, sebelum ini turut dikaitkan untuk menyertai Lazio, Fenerbahce dan Al-Nassr.

 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video