Skip to main content

Bola Sepak

Wigan ditolak mata gagal bayar gaji pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wigan.jpg
Wigan akan memulakan Liga Kejuaraan EFL musim depan dengan ditolak empat mata selepas Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) mengeluarkan sekatan terbaru terhadap kelab itu berikutan kegagalan membayar gaji pemain.

EFL berkata potongan empat mata lagi digantung hingga akhir musim 2023-24.

Sekatan itu akan bermula jika pemilik kelab, Abdulrahman Al Jasmi, gagal memasukkan sebanyak 125 peratus daripada unjuran bil gaji bulanan kelab ke dalam akaun yang ditetapkan menjelang Rabu ini.


 
Potongan empat mata tambahan juga akan diaktifkan jika kelab gagal membayar pemain tepat pada masanya dalam tempoh setahun. 

Malah, mereka juga ditolak tiga mata musim ini biarpun kempen sudah berakhir. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video