Dalam pertemuan menarik di pentas EPL Summer Series 2025, pasukan West Ham United meraih kemenangan menyakinkan 2–0 ke atas AFC Bournemouth dalam aksi persahabatan pramusim yang berlangsung di Mercedes-Benz Stadium, Atlanta, Amerika Syarikat.
Walaupun ia hanyalah aksi pramusim, kedua-dua pasukan jelas menunjukkan tahap intensiti tinggi, memburu kemenangan dan membina keserasian sebelum sepak mula Liga Perdana Inggeris musim 2025/26.
Bournemouth memulakan perlawanan dengan corak menyerang agresif. Mereka menguasai majoriti penguasaan bola dan melakukan 14 percubaan ke arah gol sepanjang separuh masa pertama. Namun begitu, keberkesanan West Ham dalam penyudah menjadi pemisah.
Niclas Füllkrug, penyerang yang direkrut musim panas lalu membuka tirai jaringan pada minit ke-24 selepas menerima hantaran kemas daripada El Hadji Malick Diouf, pemain muda yang semakin menyerlah dalam siri jelajah ini. Gol tersebut memberikan kelebihan psikologi awal buat skuad kendalian Graham Potter.
Separuh masa kedua menyaksikan Bournemouth terus mencuba untuk mencari gol penyamaan, termasuk satu percubaan menarik yang terkena tiang pada minit ke-56. Namun, West Ham terus kekal berdisiplin di bahagian pertahanan sambil menunggu peluang untuk melakukan serangan balas.
Peluang itu akhirnya hadir pada minit ke-68 apabila satu hantaran lintang tajam daripada Diouf tepat menemui Jarrod Bowen, yang menyudahkan peluang dengan tenang untuk menjadikan kedudukan 2–0.
Ia merupakan jaringan kedua Bowen dalam kempen pramusim kali ini, sekaligus mengesahkan kemenangan buat West Ham.