Skip to main content

Bola Sepak

Weghorst: United sasar tiga lagi gelaran musim ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wout-weghorst_oj0bhmg0yvafzp0ygn625n8j.jpg
Wout Weghorst berkata Manchester United 'dahagakan lebih banyak kejuaraan' dan menyasarkan empat kejuaraan selepas menjulang Piala EFL.

The Red Devils menewaskan Newcastle United 2-0 di Wembley Ahad lalu, dan masih mempunyai peluang untuk memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Europa.

Selepas kejayaan di ibu negara, Weghorst bertekad untuk mengumpul lebih banyak trofi sebelum tempoh pinjamannya dari Burnley berakhir.

"Kami memenangi yang pertama sekarang dan masih ada tiga lagi, jadi sangat lapar untuk lebih banyak lagi," katanya. "Tinggal tiga lagi sekarang. Yang pertama sudah dirangkul dan kami akan menikmatinya. Tetapi selepas itu sudah tentu ada tiga lagi. Segala-galanya bergantung dengan kemampuan kami."

Penyerang Belanda itu hanya menjaringkan sekali dalam 10 penampilan untuk United sejak ketibaannya pada Januari, tetapi memainkan peranan penting ketika menentang Newcastle, memberikan hantaran kepada Marcus Rashford, untuk menjadikan kedudukan 2-0.

"Ia satu perasaan yang hebat," katanya. "Bagi saya tidak berada di sini terlalu lama tetapi untuk kelab itu sudah lama kita memenangi piala. Ia bagus untuk memilikinya kembali di tempat yang sepatutnya, bagi saya. Ia adalah kelab yang menakjubkan."
   

Advertisement

Must Watch Video