EPL

Wataru Endo mahu hadiahkan Piala Asia buat Jurgen Klopp

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
14/01/2024
04:12 MYT
Sponsor Banner
Wataru Endo mahu hadiahkan Piala Asia buat Jurgen Klopp
Wataru Endo menganggap pandangan Jurgen Klopp telah disalahertikan sebagai anti bola sepak antarabangsa.
Pengurus Liverpool itu bersungut dengan jadual antarabangsa apabila kerana terpaksa melepaskan tonggak penting seperti Endo untuk menyertai Jepun dalam Piala Asia sementara Mohammad Salah memperkuatkan Mesir dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bulan ini tatkala kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) memasuki tempoh getir, apatah lagi mereka mahu mengekalkan kedudukan di puncak.
"Sudah tentu jurulatih cuba berjenaka tetapi bagi saya ia satu penghormatan," kata pemain tengah itu.
"Ia membuatkan saya rasa seperti amat diperlukan di Liverpool.
"Saya ada di sini sekarang (bersama Jepun). Saya merupakan ketua pasukan dan saya hanya memikirkan untuk membawa pulang trofi ini ke Liverpool."
Skuad Samurai Biru akan turun menghadapi wakil ASEAN, Vietnam, dalam pertembungan Kumpulan D di Stadium Al Thumama malam ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video