Neil Warnock memberitahu pemain-pemain Cardiff City bahawa Emiliano Sala pasti berbangga dengan persembahan mereka selepas Bobby Reid meledak dua gol ketika mengatasi Bournemouth 2-0, semalam.
Warnock kelihatan beremosi ketika meraikan kemenangan pada penghujung permainan buat pertama kali di laman sendiri sejak pesawat ringan dinaiki pemain terbaru mereka, Sala, hilang ketika melintasi Selat Inggersi, 21 Januari lalu.
Keputusan itu dianggap sebagai hadiah selepas mengalami kekalahan kepada Arsenal sebelum ini.
"Ia merupakan 10 hari yang penuh dengan emosi," kata Warnock. "Saya memberitahu pemain-pemain -- Saya tahu dia tidak bersama kita semua tetapi Sala pasti berbangga dengan persembahan ini.
"Pemain-pemain telah beraksi dengan cemerlang dan ia merupakan kebangkitan selepas tewas kepada Arsenal.
"Kami telah berusaha menggunakan sistem yang diketengahkan dan ia berhasil.
"Kami mengawal rentak permainan dan berjaya mengatasi pasukan yang dibarisi pemain-pemain berkualiti," katanya.
Reid menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Steve Cook dan bekas penyerang Bristol City itu menggandakan jaringan 15 saat selepas perlawanan bersambung dalam babak kedua.
Persembahan pemain berusia 26 tahun itu sesuai dengan penghormatan yang diberikan kepada Sala dan Warnock berkata keputusan itu mampu memacu pasukan ke hadapan.
"Kami berharap dapat meneruskan momentum ini dan berjuang hingga penghujung musim."