Skip to main content

Bola Sepak

Warisan Harimau Malaya angkat piala pertama dalam karier

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imanol.jpg
Waktu yang diidamkan telah tiba. 

Akhirnya pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca, berjaya merangkul trofi pertama dalam karier apabila Velez Sarsfield menjuarai Supercopa Internacional, sebentar tadi.

Supercopa Internacional merupakan pertandingan membabitkan juara Argentine Primera Division dan juara Trofeo de Campeones.

Kelab Argentina itu menewaskan Estudiantes dengan kemenangan 2-0 menerusi Tomas Galvan dan Braian Romero.

 

Ia sekali gus, merupakan piala sulungnya bersama Sarsfield selepas menyertai kelab itu secara pinjaman Januari lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu beraksi selama 76 minit dan terlibat dengan jaringan pertama selepas melancarkan serangan ke atas pasukan lawan. 

Setakat ini, dia telah melakukan 12 penampilan bersama Sarsfield. 

Advertisement

Must Watch Video