Skip to main content

Bola Sepak

Wan Zack Haikal sayangkan Perak FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-zack-haikal.jpg
Pemain tengah Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor, hampir pasti kekal bersama dengan skuad kendalian Yusri Che Lah tahun depan.

Selepas nenyaksikan sendiri jatuh bangun skuad The Bos Gaurus dalam tempoh dua tahun, pemain berpengalaman Wan Zack Haikal tidak terfikir angkat kaki.

Malah, pemain ini berasakan masih banyak kudrat yang boleh dicurahkannya atas dasar kepercayaan Perak FC kepadanya walaupun pada satu ketika dia terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan.





"Saya ingin kekal kerana Yusri dan pihak pengurusan yang masih inginkan khidmat saya. 

"Faktor kedua juga disebabkan peminat masih mahu lihat bakat saya di Perak.

"Saya belum puas menabur bakti di Perak sebab tahun lalu kami dikenakan sekatan perpindahan jadi saya hanya sempat bermain dalam beberapa perlawanan sahaja.

"Permulaan awal musim yang goyah adalah disebabkan rata-rata pemain Perak tiada berpengalaman dalam Liga Super, malah pencabar kami juga menurunkan ramai pemain import yang bagus," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video