Skip to main content

Bola Sepak

Wan Zack Haikal kekal bersama Perak FC musim 2024/25

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-zack1.jpg
Desas-desus mengenai masa depan penyerang Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor terjawab apabila pengurusan ‘The Bos Gaurus’ bersetuju mengekalkan khidmat bekas pemain kebangsaan itu bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkata, pemain berusia 32 tahun itu dijangka menandatangani kontrak rasmi selewat-lewatnya pertengahan bulan ini, selepas bersetuju dengan syarat ditetapkan oleh pihak pengurusan.

"Kita berpuas hati dengan prestasi dan sumbangan diberikan oleh Wan Zack Haikal kepada pasukan sepanjang musim ini.

"Kita juga mengharapkan beliau dapat terus mengekalkan prestasi sekali gus menyumbang kepada kejayaan pasukan untuk saingan liga musim depan,” katanya semalam.

Kredit : Sinar Harian

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video