Selepas mengambil tindakan drastik mendaftarkan empat tenaga import baru, jurulatih UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail, berharap mereka dapat mengubah nasib pasukan dalam baki saingan Liga Perdana musim ini.
Selepas jendela perpindahan kedua melabuhkan tirainya, UiTM selesai menandatangani empat pemain import bagi memperkuatkan pasukan.
Pemain-pemain berkenaan ialah Mamadou Danso dari Gambia yang pernah mewakili Kelantan sebelum ini di samping kelibat Noh Sang Min (Korea Selatan), Veniamin Shumeiko (Kyrgyzstan) dan Okoroke Timothy (Afrika Selatan).
Nyata mereka masih memerlukan masa untuk membentuk keserasian tetapi Wan Mustaffa mengakui ia semakin suntuk dengan hanya enam lagi aksi liga yang perlu diharungi.
"Masih terlu baru untuk ulas mengenai keempat-empat import kami. Kami ada nampak perkara positif tadi. Kami ada kebangkitan dalam separuh masa kedua tetapi gagal menjaringkan gol.
"Saya harap selepas ini, kami dapat bangkit dan memastikan kejayaan," tambah Wan Mustaffa.
Sementara itu, jurulatih Sabah, Jelius Ating, mahu pasukannya lebih konsisten susulan daripada kejayaan mengatasi UiTM 3-0 dalam Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam, semalam.
Ini merupakan kemenangan keempat buat Sabah dalam 14 aksi liga musim ini dan nyata jumlah itu tidak menggambarkan kemampuan sebenar mereka.
Jelius turut menaruh keyakinan tinggi terhadap dua tonggak import baru pasukan, Rodoljub Paunovic dan Keisuke Ogawa, untuk membantu skuad Badak mengekalkan rentak kemenangan.
"Seperti saya katakan kepada pemain sebelum ini, paling penting adalah perlawanan hari ini. Apabila kami memenangi perlawanan hari ini, ia memberi motivasi dan semangat baru untuk kami kembali selepas rehat hari raya.
"Ia kerana perlawanan sebelum ini, kami begitu tertekan akibat tewas empat perlawanan berturut-turut," kata Jelius.