Pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal, memainkan peranan penting ketika membantu St Louis City II bergelar juara saingan Western Conference, MLS Next Pro, dengan menewaskan Austin II dalam aksi terakhir di St. David's Performance Center hari ini.
Wan Kuzain, yang memacu rekod tanpa kalah pasukannya dalam waktu sebenar 17 perlawanan berturut-turut, sekali lagi memainkan peranan penting, kali ini dengan menghasilkan sepakan penjuru gemilang yang mencetuskan gol pembukaan Miguel Perez pada minit ke-23.
Jorge Alastuey Aperte kemudian menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-34 tetapi Emil Jaaskelainen memastikan pesta berkenaan memihak St Louis City dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-52.
Biarpun kekurangan seorang pemain selepas Cameron Cilley dilayangkan kad merah pada minit ke-77, Wan Kuzain dan rakan-rakannya cemerlang mempertahankan gawang sebelum pemain negara itu dikeluarkan pada minit ke-86.
Kecemerlangan perancang berusia 27 tahun itu pasti akan menjadi aset berguna buat Harimau Malaya sekiranya dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan dalam masa terdekat.

?? Wan Kuzain's corner resulted in St Louis CITY2's opening goal against Austin II.pic.twitter.com/zvjfc0iGxI
— Harimau Abroad ?? (@HarimauAbroad) September 20, 2025
Jorge Alastuey Aperte kemudian menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-34 tetapi Emil Jaaskelainen memastikan pesta berkenaan memihak St Louis City dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-52.
Biarpun kekurangan seorang pemain selepas Cameron Cilley dilayangkan kad merah pada minit ke-77, Wan Kuzain dan rakan-rakannya cemerlang mempertahankan gawang sebelum pemain negara itu dikeluarkan pada minit ke-86.
Kecemerlangan perancang berusia 27 tahun itu pasti akan menjadi aset berguna buat Harimau Malaya sekiranya dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan dalam masa terdekat.
VAMOSSSSSSSS ST. LOUIS‼️ pic.twitter.com/5fX4yDtzcU
— y - St Louis CITY2 (@STLCITY2) September 20, 2025